Kelab MCKK 9195 – Lawatan Ke Asrama Damai, Kuang

Damai… itulah perkataan yang di cari oleh ku setakat ini… kedamaian dari hiruk pikuk bekerja di pejabat tanpa henti… ketenangan ini di jawab apabila rakan seperjuangan ku di sekolah menengah jalan stesen membuat lawatan amal ke Asrama Damai yang terletak di Kuang (kira2 15 minit dari Shah Alam).

Aku harus berterima kasih kepada nazerque yang sudi menumpangkan aku ke sana…. Kami berdua adalah orang pertama tiba ke destinasi tetapi disebabkan sifat pemalu kami, kedai berhampiran menjadi tempat kami menghembus asap2 dan menghilangkan kekeringan tekak kami…

Apabila kami tiba ke Asrama Damai, kelihatan rakan2 kami baru tiba… rakan2 seperjuangan yang sanggup meluangkan masa walaupun sibuk mengejar wang ringgit yang tidak pernah cukup… alhamdullilah pengorbanan mereka hanya boleh dibalas oleh tuhan yang maha esa…

Ketibaan kami dijemput oleh wajah2 “innocent” di asrama itu… terdetik di hatiku adakah perasaan mereka ini menjemput kami seperti perasaan yang mereka rindui iaitu perasaan menjemput bapa mereka pulang…

aku menahan airmata dari berlinangan dan sambutan mereka ku hadiahkan dengan senyuman yang hanya mampu ku berikan…. Namun tujuan kami ke sini bukan sahaja untuk melawat mereka… kami di sini untuk bersama mereka dan meraikan mereka…. Kami mulakan dengan ceramah motivasi dari seorang rakan kami yang merupakan pakar bedah otak dan juga seorang “classroom manager”

Keikhlasan mereka untuk berkongsi pengalaman jelas mengembirakan hati anak-anak ini…..

Selepas motivasi selama 50 minit… kami terus mulakan permainan yang menekankan semangat kerjasama dan strategi….. permainan yang bagi anak2 zaman sekarang jarang bermain…. “jigsaw puzzle”… bagi mereka permainan ini sudah cukup menghiburkan hati mereka kerana ini saje lah yang mereka ada untuk berhibur bersama rakan2 senasib dengan mereka…

Permainan ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan di situ kami dapat melihat daya saiang setiap insan ini sangat kuat untuk merebut ganjaran yang tidak seberapa dari kami walaupun jelas kelihatan ganjaran bagi keempat-empat kumpulan adalah sama size dan harganya

Selepas itu kami di bawa melawat ke asrama putera, dihiburkan dengan nasyid dan juga kami sajikan mereka dengan makan tengahari…. aku hanya mengambil sedikit sahaja gambar2 kerana terlalu sibuk melayan kerenah-kerenah anak2 ini…. bagiku itu lebih memuaskan dari mengamabil gambar pada masa itu….

Inilah gambar yang sempat di ambil bersama selepas solat zohor berjemaah…

Bagiku… lawatan kali ini benar2 menyedarkan hatiku bahawa ramai lagi yang tidak bernasib baik dan memerlukan bantuan bukan sahaja dari segi wang tetapi emosi… wang boleh didapati dimana2 tetapi sokongan emosi dan kasih sayang adalah benda yang mereka benar2 perlukan….

Aku akhiri coretan kali ini dengan sebuah puisi/gurindam yang terpapar di dinding Asram Damai… hayatilah luahan hati mereka…

Advertisements
This entry was posted in a700, MCKK 9195, Photography. Bookmark the permalink.

8 Responses to Kelab MCKK 9195 – Lawatan Ke Asrama Damai, Kuang

  1. strozze says:

    wah.. best kalau dpt join.. tak sangka fab dah jadi pakar.. boleh bagi motivasi plak tu.. 🙂

  2. izharhadafi says:

    thanks for the pics. curi skit masuk blog aku..

  3. Asri says:

    Assalamualaikum,

    Asrama Damai Kuang akan mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 20 pada 2 May 2009. Sekiranya kelab MCKK 9195 ada kelapangan silalah datang.

    TQ.

    Mohamad Asri Shaari
    Asrama Damai
    012 689 4295
    03 60382823

  4. khairunnisak bnti radzi says:

    salam……

    ya allah,rindunya aku pda adik2 asrma damai……

    teringat masa kenangan prktikal (asrma damai) aku di sana selama 2 bulan…sents bersma mereka….tdo bersama,mkn bersma,mndi bersma dan bermain brsma…ibarat hubgn antara kakak dan adik……

    mcm tknk berpisah,tpi apakan daya aku terpksa truskn perjuangan ku……

    seminggu seblum aku pulg,wajah2 kesedihan adik2 asram tergmbr….ada yg memujuk supya jgn blik n menyuruh aku jdi warden pda mereka,ada yg kata,akn mengunci aku dlm bilik stor spya aku tak dpt pulag dan mcm 2 alsan lagi dbrikan…rndunya aku pda adik2……jauh d sudut htiku,aku tak mahu berpisah dgn kamu…..dia san aku mmberi sepenuh ksh syg ku pd adik2 asrma dmai..i luv u all….

    tima ksh buat kak dayah,kak siti dan kak yong sbb bg peluang kak char(nma gelran aku di sana) buat prktikal di sana…..sehinggakan kak char mersakn kak char buat prkkal,tpi seolah2 kak char slh seorg penghuni di sana…
    juga buat ibu di sana….rdu sgt sma kamu suma,,,,,

    terakhir sekali,buat adik2 asrma dmai..jg diri bek2..jgn tggl solat n rjin bca buku…ada msa kak char melawat kamu di sana…..

    oleh itu,bgi sapa2 yg ikhlas dan ada kelpagan….pergilah ziarah asrma damai,dan cuba tggal bersma mreka..anda pasti akn dapt mersai pa yg sy rsai……

    kalu ada kesempatan buatlah amal di sana…

    wsalam…

  5. khairunnisak bnti radzi says:

    mereka perlukan org2 seperti kita dlm hdup mereka…….

  6. khairunnisak bnti radzi says:

    bila anda hdup bersma mereka,anda akn thu pa erti ksh syg……

    air mata adlh sksi perpisahn kami

  7. amalyna says:

    kad cnie sahabat karib ku tinggal…miz dye sgt!!

  8. Din says:

    kalau ex-MCKK 04-08 boleh x join kelab MCKK 9195?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s